Sunday, January 17, 2010

Hitam Sunburn

Macam mana kem? Best? Seronok? Bosan? Tertakluk kepada diri sendiri. Haha, serupa tak perlu tanya. Ya, the camp was so excitingm sesangat. Sakit dan lanyak memang banyak, tapi memori dan kenangan gembira laaagi banyak. Yeah you know that I mean it.

POSITIF
Walaupun seorang kawan rapat tak datang, yang lain semua dah jadi kawan rapat. Emm, mungkin sejak dulu dah gitu. Gelak, gelak dan gelak. Tu je kerja kami. Sampai soalan "Siapa kentut tadi?" pun masih jadi persoalan hebat dalam kalangan kami. Ye la. Menarik perhatian pihak berlawanan lagi. Haha. Learning seni pertahankan diri pun seronok. Walaupun dah jemu belajar benda sama, tapi kali ini dengan guru betul, yang berilmu dalam hal-hal martial arts ni. Ye. Telinga kena peka!

NEGATIF
Kulit gelap, sunburn di dahi, lutut longgar, badan sakit, sengal-sengal otot, bukankah tu perkara biasa dalam sesebuah kem? Hahahaha. Tapi sakit kali ni lebih lagi beb. Sakit sakit sakit. Apa yang negatif sangat dalam kem ni? Rasa macam tiada. Kalau orang kata, "malas nak pergi" tu tidak sesekali menunjukkan masalah kem ini sebaliknya masalah pemalas-pemalas tu sendiri. Hujung minggu terbuang gitu je? Eh ada hikmah la jadi gitu, cuba cari.

RENUNGAN

Malas? Letih? Dan tak bermaya? Fikir orang yang handle majlis ni tak penat ke? Kata la kalau program ni, ataupun tak kisahlah mana-mana program pun, ditangguh kepada suatu masa lain, pasti ke kita hadir program yang dah ditangguh tu?
Faham? Tak jelas? Tuhan dah bagi aqal. Guna la ya elok-elok.

Maaf, gambar kem belum dapat diupload atas dasar undang-undang baru yang baru dikuatkuasakan tahun ni. Tapi kalau dapat gambaran sendiri, cukup la tu. Best la. Tak rugi datang. Eh salah, rugi tak datang. Lain tu.

OK OK saya amat penat.

6 comments:

nurain said...

excitingm ?
mcm mana nak bunyi ? ade dengung tak?

fatenzee said...

are those your grandkittens??
COMEL NYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

+akufobia+ said...

haha.kalau la boleh joinn.

kasut_putih said...

cam terngiang2 bunyi popo dan kopi.. sabtu mlm tido ngan budak 2 ekor ni.. sbb rindu ngan sarjan nwa.. hua hua hua..!

anwarhusaini said...

ain, tu tandanya terlalu excited.

aten, datang la umah kalau nak tgk. sorg popo, sorg kopi.

anwarhusaini said...

fobia, nak dtg? dtg je. tapi mkn sendiri ya.

kasut, diorang dah buleh berdiri tuu.