Tuesday, October 27, 2009

Anda cukup bersih?



Dalam kesibukan seharian kita, kadang-kadang kita hampir leka dan alpa tentang kebersihan. Hal ini kerana kita terlalu memikirkan tentang perkara yang lebih penting samada hanya melibatkan diri kita, orang lain ataupun kedua-duanya. Walhal, perkara ini sepatutnya menjadi aspek utama dalam menyempurnakan kehidupan sebagai seorang manusia.

Identiti kita dapat dinilai daripada sudut kebersihan kita. Bukan sahaja penampilan diri yang melambangkan sifat kita, malah kebersihan persekitaran juga amatlah ditiitkberatkan. Kebersihan selain daripada penampilan diri, dapatlah difokuskan pada kebersihan bilik tidur, rumah, tandas, bilik darjah, sekolah, bangunan dan seterusnya negara kita sendiri. Kita mengambil contoh mudah iaitu negara Singapura, yang amat mementingkan kebersihan persekitaran.

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman..."

Merujuk kepada hadis di atas yang sering kita dengari, kebersihan juga ialah faktor yang melambangkan iman kita sebagai seorang muslim. Sebagai fokus terdekat, kita sebagai pelajar hendaklah menjaga penampilan dan kebersihan untuk mendapatkan keselesaan ketika belajar. Persekitaran yang kurang bersih boleh menyebabkan kerimasan sewaktu belajar. Dan seterusnya menyebabkan pelajar hilang fokus dalam kelas.

Konklusinya, untuk mencapai keselesaan hidup yang optimum, seseorang itu haruslah menjaga kebersihan diri sendiri dan kesan daripada itu, negara kita akan jadi bersih selain daripada mencontohi negara Canada, iaitu negara terbersih mengikut fakta yang dibuat oleh laman web Forbes.com.

2 comments:

nurain rodze said...

5 bintang utk ini !

kasut_putih said...

kebersihan.. yes! weekend ni leh buat spotcheck bilik anwar.. hua hua hua..