Thursday, September 3, 2009

Wahai Perempuan

Salam :)

Post ni bukan untuk perempuan sahaja, malah untuk lelaki juga.
Oh lupa, kepada lelaki yang mementingkan agamanya : ISLAM.

Kalau korang kata tak penting, Nabi pernah cakap, kalau kamu tak mengambil berat tentang saudaramu, maka kamu bukanlah daripada golongan mereka :D



Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)



Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Lihat, kenapa Allah SWT menyatakan: “Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Bukan “Penzina lelaki dan penzina perempuan” Macam ayat: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri..”?

Kenapa?
Sebab, dalam hal mencuri, kudrat lelaki melebihi perempuan. Tetapi dalam hal zina, maka perempuan adalah faktor utama. Pada perempuan ada tarikan yang lebih. Sebab itu, Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.



Apakah ubatnya? Semua perlu kembali kepada Islam. Semua. Lelaki dan perempuan. Sama-sama kembali menilai, bermuhasabah akan kepentingan dan kelebihan satu sama lain, seterusnya mencari titik persamaan. Ketahuilah bahawasanya, Nabi Adam dahulu pun sunyi di dalam syurga, lalu diberikannya Hawa.


ALLAH SWT berfirman,

Mereka itu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka” Ayat 187 Surah Al-Baqarah.

 
 
Wahai Lelaki, u are responsible to your female muhrims.
Jangan salahkan wanita 100% sebab salah kita juga kalau kita tak tegur, sebaliknya menikmati aurat mereka, kan?
Even dalam post ni wanita menjadi AIM, tapi tetap, Ar-rijalu Qawwamu 'ala nNisaa'.
Lelaki = ketua = khalifah = pemimpin
 
Aku post benda ni sebab dah malas nak cakap.
Masing-masing nak cakap, kubur masing-masing, tak?
 
Dipetik daripada langtilahi.com
Walaupun dipetik, tapi aku dah baca :D

4 comments:

+akufobia+ said...

hu.bila lagi perempuan nak bertindak selepas ditegur.

+akufobia+ said...

semoga dikuattabahkan hatihati lelaki untuk tidak berhenti menegur mereka yang masih lagi kurang faham.

nwa said...

yup. tapi bila ditegur marah pula :D

nwa said...

ah, lupa, nanti belanja kek lapis sarawak!